Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar yang berbentuk labu berwarna hitam di mana ia adalah produk perusahaan yang berasal dari Kampung Kepala Bendang, Mukim Sayong, Kuala Kangsar, Perak.
Tujuan ia direka pada zaman dahulu adalah untuk kegunaan harian seperti menyimpan makanan dan menyejukkan air.
Keunikan labu sayong bergantung kepada bentuk dan coraknya. Kebiasaannya, motif ukiran labu sayong menjurus kepada unsur flora atau fauna.
Melalui idea ini, GooGoodiez juga mengeluarkan produk berkonsepkan labu sayong yang boleh dijadikan sebagai buah tangan, perhiasan ataupun hadiah.
Kami menghasilkan labu sayung yang bersaiz kecil dan juga bersaiz besar bergantung kepada permintaan.
Sila rujuk gambar di bawah produk labu sayong kami:-
![]() |
Kod: LS 013 Warna: Ungu, biru, putih Saiz: L 8cm x H 16cm |
![]() |
LS 015 Warna: Hitam Saiz: L 41cm x H 91.5cm |
Untuk tempahan, sila hubungi:-
En. Hashim: 017-3598682 / 017-6590524
E-mail: googoodiez@gmail.com
Sekian, terima kasih...
No comments:
Post a Comment