"Takkan Melayu hilang di dunia" - Pepatah ini menjadi kata semangat dan kekuatan masyarakat Melayu di dunia tak kira di mana saja. Hasil khazanah masyarakat Melayu mempunyai nilai estetika yg tiada tandingannya dan menjadi kebanggaan masyarakat Melayu.
Untuk produk terbaru GooGoodiez, kami keluarkan hasil kerja tangan yang halus lagi terperinci dimana kami menghasilkan replika rumah tradisional Melayu lama yang diperbuat daripada kayu pokok cengal yang sudah berusia.
Rekaan rumah tradisional Melayu ini dihasilkan mengikut cara pembinaan rumah Melayu lama dahulu. Di mana ia "didirikan" tanpa menggunakan bantuan sebarang paku tetapi dengan menggunakan teknik tanggam (mortise) yang juga menjadi kebanggaan dan keistimewaan rumah Melayu lama.
Bagi menambah keunikan rekaan ini, selain daripada ia dijadikan sebagai perhiasan, ia juga boleh dijadikan lampu tidur.
Oleh itu, rekaan ini sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada yang teristimewa, ahli keluarga dan rakan-rakan sebagai hadiah harijadi, hadiah perkahwinan, hadiah pertunangan atau juga sebagai pemberian korporat kerana kelainan dan keistimewaan yang terdapat pada produk ini.
![]() |
GooGoodiez memperkenalkan Little Malay Hut - the Malay traditional house. |
![]() |
Rumah Little Malay Hut diperbuat daripada kayu pokok cengal yang sudah berusia dan menggunakan teknik tanggam. |
![]() |
LH 001 |
![]() |
LH 003 |
![]() |
LH 004 |
![]() |
LH 005 Warna: Putih, hitam, coklat terang atau coklat gelap |
![]() |
LH 006 |
![]() |
LH 007 Warna: Coklat terang atau coklat gelap |
![]() |
LH 008 |
![]() |
LH 009 |
![]() |
LH 010 |
![]() |
LH 011 Gabungan tanah liat dan kayu pokok cengal |
![]() |
LH 012 The Malay traditional house injected the Harley way |
Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi:-
En. Hashim: 017-3598682 / 017-6590524
E-mail: googoodiez@gmail.com
Terima kasih...
No comments:
Post a Comment