Sunday 5 August 2012

The Homie Owl

Salam sejahtera pengunjung GooGoodiez sekalian...


Produk yang akan kami paparkan untuk kali ini juga merupakan kesinambungan daripada the Owl Clan. Yang membezakan produk ini daripada produk yang sebelumnya adalah kerana produk burung hantu ini datang dengan rumahnya yang dibentuk seperti pokok. 


Produk ini sesuai dijadikan perhiasan dan juga "Aromatherapy Candle Pot" (tempat simpan lilin Aromatherapy). Ini adalah kerana dibahagian belakang replika burung hantu itu terdapat lubang untuk menyimpan lilin.


Produk ini sangat comel apabila dipaku ke dinding ataupun diletakkan di atas meja atau rak dijadikan sebagai perhiasan.


Produk ini simple dan sangat menarik kerana hasil seninya yang halus dan teliti serta mempunyai nilai estetika tersendiri yang diinspirasikan daripada haiwan mistik, burung hantu.


The Homie Owl.

The Homie Owl - warna gabungan copper gold.

The Homie Owl - warna gabungan blue gold.


Replika owl boleh dikeluarkan dari rumah pokoknya.
Bahangian belakang owl berlubang berfungsi untuk meletak lilin Aromatherapy.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:-


Hashim - 017-3598682 / 017-6590524
E-mail: googoodiez@gmail.com


Terima kasih...



Tuesday 31 July 2012

The Snowy OWL

Salam sejahtera pembaca GooGoodiez...


Ini adalah sambungan dari OWL Clan dimana produk ini digelar the Snowy Owl. 


Ini adalah kerana warna pada produk ini iaitu putih melepak dan bersih menambahkan seri produk ini.


Produk ini sesuai dijadikan perhiasan kerana saiznya yang agak besar dan tinggi. Manakala saiz yang kecil boleh dijadikan perhiasan dan juga "Aromatheraphy Candle Pot" (tempat simpan lilin Aromatherapy).


Seperti di bawah adalah contoh produk The Snowy OWL.

The Snowy Owl.

Snowy Owl - saiz kecil.
Pandangan hadapan.

Snowy Owl - saiz kecil.
Pandangan tepi.

Big Snowy Owl (A) - pandangan depan.

Big Snowy Owl (A) - pandangan tepi.

Big Snowy Owl (B) - pandangan tepi.

Big Snowy Owl (B) - pandangan tepi.

Berminat? Sila hubungi:-


En. Hashim - 017-3598682/017-6590524
E-mail: googoodiez@gmail.com


Terima kasih...

Sunday 29 July 2012

The OWL Clan...

Salam Sejahtera Blog-Walkers...


Kini GooGoodiez kembali dengan produk-produk baru dan segar. Untuk produk terbaru ini diinspirasikan daripada burung hantu. Sesuai dijadikan cenderamata, produk ini boleh juga dijadikan sebagai perhiasan dan juga "Aromatherapy Candle Pot" (tempat simpan lilin Aromatherapy). 


Produk ini datang dalam pelbagai bentuk dan saiz yang direka unik berinspirasikan haiwan mistik, burung hantu.


Seperti dibawah adalah bentuk produk keluaran The OWL Clan:-


a) The Trio OWL.


The Trio OWL datang dalam 3 warna; Gold (kiri), Copper (tengah) dan Blue (kanan).

Trio Blue - Sudut pandangan depan.

Trio Blue - Sudut pandangan tepi.

Trio Copper - Sudut pandangan depan.

Trio Copper - Sudut pandangan tepi.

Trio Gold - Sudut pandangan depan.

Trio Gold - Sudut pandangan tepi.

Dibahagian belakang berlubang membolehkan untuk meletak lilin aromatherapy.

b) The Phat OWL.


The Phat OWL datang dalam 2 warna; Black (kiri) dan Blue (kanan).

Phat Blue - pandangan depan.

Phat Blue - pandangan tepi.

Phat Black - pandangan depan.

Phat Black - pandangan tepi.

 c) The Hello OWL.


The Hello OWL datang dalam warna Copper.
Sudut pandangan depan.


Hello OWL - Sudut pandangan tepi.

Hello OWL - Sudut pandangan belakang.



d) The L.O.V.E OWL.

The LOVE OWL datang dalam warna Copper.
Sudut pandangan depan.


LOVE OWL - Sudut pandangan tepi.


Anda berminat dengan produk ini? Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi:-


En. Hashim: 017-3598682 / 017-6590524
E-mail: googoodiez@gmail.com


Terima kasih...



Saturday 12 May 2012

The Elephant

Salam sejahtera untuk semua pengunjung GooGoodiez,


Kami ingin mempersembahkan produk terbaru daripada GooGoodiez yang dinamakan "The Elephant". Ia datang dengan warna asas hitam sebagai dasar dan pada corak gajah diwarnakan dengan dua pilihan warna, emas atau copper. 


Produk ini datang dalam pelbagai saiz dan bentuk dimana ia tidaklah terhad kepada satu bentuk sahaja tetapi boleh didapati dalam berbagai bentuk. Saiz produk ini lebih kurang dalam ukuran 9cm (H) x 7cm (W).


Produk ini sesuai dijadikan sebagai cenderahati untuk majlis pertunangan, perkahwinan atau majlis-majlis lain kerana ia kecil, comel, simple dan mudah dibawa.


Gambar dibawah adalah produk "The Elephant" keluaran GooGoodiez...






EL 001 - Copper




EL 002 - Gold/Emas



The Elephant - kecil, comel, simple dan mudah dibawa.


Anda berminat dengan produk ini? Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi:-


En. Hashim: 017-3598682 / 017-6590524
E-mail: googoodiez@gmail.com


Terima kasih...



Monday 7 May 2012

Labu Sayong

Salam sejahtera semua...


Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar yang berbentuk labu berwarna hitam di mana ia adalah produk perusahaan yang berasal dari Kampung Kepala Bendang, Mukim Sayong, Kuala Kangsar, Perak.


Tujuan ia direka pada zaman dahulu adalah untuk kegunaan harian seperti menyimpan makanan dan menyejukkan air. 


Keunikan labu sayong bergantung kepada bentuk dan coraknya. Kebiasaannya, motif ukiran labu sayong menjurus kepada unsur flora atau fauna. 


Melalui idea ini, GooGoodiez juga mengeluarkan produk berkonsepkan labu sayong yang boleh dijadikan sebagai buah tangan, perhiasan ataupun hadiah.


Kami menghasilkan labu sayung yang bersaiz kecil dan juga bersaiz besar bergantung kepada permintaan.


Sila rujuk gambar di bawah produk labu sayong kami:-




Kod: LS 013
Warna:  Ungu, biru, putih
Saiz: L 8cm x H 16cm




 
Kod: LS 007
Warna:  Gold
Saiz: L 8cm x H 16cm




LS 015
Warna:  Hitam
Saiz: L 41cm x H 91.5cm

Untuk tempahan, sila hubungi:-

En. Hashim: 017-3598682 / 017-6590524
E-mail: googoodiez@gmail.com

Sekian, terima kasih...


Sunday 6 May 2012

Little Malay Hut - The Malay Traditional House

Salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian...


"Takkan Melayu hilang di dunia" - Pepatah ini menjadi kata semangat dan kekuatan masyarakat Melayu di dunia tak kira di mana saja. Hasil khazanah masyarakat Melayu mempunyai nilai estetika yg tiada tandingannya dan menjadi kebanggaan masyarakat Melayu.


Untuk produk terbaru GooGoodiez, kami keluarkan hasil kerja tangan yang halus lagi terperinci dimana kami menghasilkan replika rumah tradisional Melayu lama yang diperbuat daripada kayu pokok cengal yang sudah berusia.


Rekaan rumah tradisional Melayu ini dihasilkan mengikut cara pembinaan rumah Melayu lama dahulu. Di mana ia "didirikan" tanpa menggunakan bantuan sebarang paku tetapi dengan menggunakan teknik tanggam (mortise) yang juga menjadi kebanggaan dan keistimewaan rumah Melayu lama.


Bagi menambah keunikan rekaan ini, selain daripada ia dijadikan sebagai perhiasan, ia juga boleh dijadikan lampu tidur.


Oleh itu, rekaan ini sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada yang teristimewa, ahli keluarga dan rakan-rakan sebagai hadiah harijadi, hadiah perkahwinan, hadiah pertunangan atau juga sebagai pemberian korporat kerana kelainan dan keistimewaan yang terdapat pada produk ini.




GooGoodiez memperkenalkan Little Malay Hut - the Malay traditional house.


Rumah Little Malay Hut diperbuat daripada kayu pokok cengal
yang sudah berusia dan menggunakan teknik tanggam.


LH 001

LH 002


LH 003

LH 004




LH 005
Warna: Putih, hitam, coklat terang atau coklat gelap


LH 006


LH 007
Warna: Coklat terang atau coklat gelap


LH 008

LH 009


LH 010

LH 011
Gabungan tanah liat dan kayu pokok cengal



LH 012
The Malay traditional house injected the Harley way

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi:-


En. Hashim: 017-3598682 / 017-6590524
E-mail: googoodiez@gmail.com


Terima kasih...