Saturday 12 May 2012

The Elephant

Salam sejahtera untuk semua pengunjung GooGoodiez,


Kami ingin mempersembahkan produk terbaru daripada GooGoodiez yang dinamakan "The Elephant". Ia datang dengan warna asas hitam sebagai dasar dan pada corak gajah diwarnakan dengan dua pilihan warna, emas atau copper. 


Produk ini datang dalam pelbagai saiz dan bentuk dimana ia tidaklah terhad kepada satu bentuk sahaja tetapi boleh didapati dalam berbagai bentuk. Saiz produk ini lebih kurang dalam ukuran 9cm (H) x 7cm (W).


Produk ini sesuai dijadikan sebagai cenderahati untuk majlis pertunangan, perkahwinan atau majlis-majlis lain kerana ia kecil, comel, simple dan mudah dibawa.


Gambar dibawah adalah produk "The Elephant" keluaran GooGoodiez...






EL 001 - Copper




EL 002 - Gold/Emas



The Elephant - kecil, comel, simple dan mudah dibawa.


Anda berminat dengan produk ini? Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi:-


En. Hashim: 017-3598682 / 017-6590524
E-mail: googoodiez@gmail.com


Terima kasih...



Monday 7 May 2012

Labu Sayong

Salam sejahtera semua...


Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar yang berbentuk labu berwarna hitam di mana ia adalah produk perusahaan yang berasal dari Kampung Kepala Bendang, Mukim Sayong, Kuala Kangsar, Perak.


Tujuan ia direka pada zaman dahulu adalah untuk kegunaan harian seperti menyimpan makanan dan menyejukkan air. 


Keunikan labu sayong bergantung kepada bentuk dan coraknya. Kebiasaannya, motif ukiran labu sayong menjurus kepada unsur flora atau fauna. 


Melalui idea ini, GooGoodiez juga mengeluarkan produk berkonsepkan labu sayong yang boleh dijadikan sebagai buah tangan, perhiasan ataupun hadiah.


Kami menghasilkan labu sayung yang bersaiz kecil dan juga bersaiz besar bergantung kepada permintaan.


Sila rujuk gambar di bawah produk labu sayong kami:-




Kod: LS 013
Warna:  Ungu, biru, putih
Saiz: L 8cm x H 16cm




 
Kod: LS 007
Warna:  Gold
Saiz: L 8cm x H 16cm




LS 015
Warna:  Hitam
Saiz: L 41cm x H 91.5cm

Untuk tempahan, sila hubungi:-

En. Hashim: 017-3598682 / 017-6590524
E-mail: googoodiez@gmail.com

Sekian, terima kasih...


Sunday 6 May 2012

Little Malay Hut - The Malay Traditional House

Salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian...


"Takkan Melayu hilang di dunia" - Pepatah ini menjadi kata semangat dan kekuatan masyarakat Melayu di dunia tak kira di mana saja. Hasil khazanah masyarakat Melayu mempunyai nilai estetika yg tiada tandingannya dan menjadi kebanggaan masyarakat Melayu.


Untuk produk terbaru GooGoodiez, kami keluarkan hasil kerja tangan yang halus lagi terperinci dimana kami menghasilkan replika rumah tradisional Melayu lama yang diperbuat daripada kayu pokok cengal yang sudah berusia.


Rekaan rumah tradisional Melayu ini dihasilkan mengikut cara pembinaan rumah Melayu lama dahulu. Di mana ia "didirikan" tanpa menggunakan bantuan sebarang paku tetapi dengan menggunakan teknik tanggam (mortise) yang juga menjadi kebanggaan dan keistimewaan rumah Melayu lama.


Bagi menambah keunikan rekaan ini, selain daripada ia dijadikan sebagai perhiasan, ia juga boleh dijadikan lampu tidur.


Oleh itu, rekaan ini sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada yang teristimewa, ahli keluarga dan rakan-rakan sebagai hadiah harijadi, hadiah perkahwinan, hadiah pertunangan atau juga sebagai pemberian korporat kerana kelainan dan keistimewaan yang terdapat pada produk ini.




GooGoodiez memperkenalkan Little Malay Hut - the Malay traditional house.


Rumah Little Malay Hut diperbuat daripada kayu pokok cengal
yang sudah berusia dan menggunakan teknik tanggam.


LH 001

LH 002


LH 003

LH 004




LH 005
Warna: Putih, hitam, coklat terang atau coklat gelap


LH 006


LH 007
Warna: Coklat terang atau coklat gelap


LH 008

LH 009


LH 010

LH 011
Gabungan tanah liat dan kayu pokok cengal



LH 012
The Malay traditional house injected the Harley way

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi:-


En. Hashim: 017-3598682 / 017-6590524
E-mail: googoodiez@gmail.com


Terima kasih...