Sunday, 15 April 2012

Intro: It's GooGoodiez in the house y'all...

Assalammualaikum w.b.t...


Syukur ke hadrat Illahi kerana berkat kesabaran dan kekuatan mental yang dikurniakan-Nya, maka terciptalah blog ini bagi tatapan umum. 


Tujuan blog ini dilahirkan adalah untuk mempromosikan produk-produk kami dimana setiap produk-produk yang kami jual berkaitan dengan Seni (Art and Design). Kami menghasilkan produk-produk kraftangan yang berasaskan dari tanah liat (clay) dan kayu kayan menggunakan teknologi laser (wood craft). Kami juga menerima tempahan membuat master mould dengan menggunakan super sculpey.


Setiap produk-produk kami dijamin bermutu tinggi, mempunyai kualiti yang baik dan penghasilan ukiran yang unik dan teliti. Kami menerima tempahan khas dari kuantiti minimum 25 keping dan keatas dengan harga yang berpatutan. Apa yang penting untuk kami adalah kualiti bukan kuantiti.


Kebanyakan produk-produk kami sesuai dijadikan sebagai cenderamata atau door-gift untuk acara-acara keraian seperti majlis pernikahan, pertunangan, majlis hari jadi, penyampaian hadiah rasmi, cenderamata korporat, dan sebagainya. 


Silalah ambil masa anda untuk melihat produk-produk kami untuk penilaian.


Jika anda berminat dengan produk kami, silalah hubungi kami:-


En. Hashim: 017-3598682 / 017-6590524
E-mail: googoodiez@gmail.com


Terima kasih dan salam sejahtera.


Wassalam...

2 comments:

  1. TahNIah...semoga Maju Jaya...Nice & perfecto...I like...

    ReplyDelete